TRAVEL TIPS MURAH
TIPS BACKPACKER PERTAMA : TINGGAL DI HOSTEL DAN DORM
Maksudnya? : Mungkin ramai antara
korang yang ingat bahawa hostel nie hanyalah untuk golongan muda dan macam
budget hotel kat Malaysia nie kan? Sebenarnya tidak. Amat tidak! Ada banyak
hostel dan dorm di sekitar Eropah dan pelusuk dunia yang menempatkan pelancong
dari pelbagai jenis usia. Pada masa yang sama hostel nie takdalah seteruk yang
disangka. Kekadang perkhidmatan dobi, dapur, wifi dan banyak lagi turut
disediakan. So not bad kan?
TIPS BACKPACKER KEDUA : GUNAKAN KAKI DAN RINGANKAN BEG
Maksudnya? : Backpacker selalunya
akan bawak beg yang besar dan choose untuk berjalan kaki di sekitar bandar. Aku
percaya korang pun selalu nampak backpacker Eropah di sekitar Kuala Lumpur yang
bawa beg dorang ke mana-mana sahaja kan? Selain daripada cara yang amat menjimatkan
untuk travel, kita dapat discover lagi banyak dengan berjalan kaki. Oh ya,
untuk memastikan pengalaman berjalan kaki korang takdalah teruk sangat; amatlah
direkemen untuk korang ringankan beg korang. Pack bebenda yang berpatutan
sahaja. Lagipun takdalah chance untuk korang kena extra charge fees kalau naik
flight kan?
TIPS BACKPACKER KETIGA : SEDIAKAN PLAN (BER-BUFFER)
Maksudnya? : Mempunyai plan yang
teratur sebelum travel ke mana-mana adalah salah satu perkara yang paling
penting tapi sediakan plan yang mempunyai buffer adalah lagi penting untuk
seorang backpacker. Selalunya backpacker adalah antara golongan yang suka untuk
tukar plan mengikut kesesuaian dan mempunyai buffer dalam planning adalah amat
membantu. Selalunya aku akan cuba plan yang terbaik tapi kalau ada pilihan yang
lagi murah dan menyeronokkan, aku akan tukar terus.
TIPS BACKPACKER KEEMPAT : TAK SALAH JADI KEPOH DAN KECOH
Maksudnya? : Malu bertanya, sesat
jalan. Setiap kali aku ke mana-mana bandar besar dan tak jumpa nak cari jalan,
confirm aku akan segera bertanya dengan orang local di sana. Selalunya peta
yang aku gunakan sudah cukup tapi bantuan daripada orang tempatan memang lagi
penting. Oh ya, kalau korang berinteraksi dengan rakan backpackers di hostel
dan dorm, mungkin korang akan dapat banyak idea, tips dan tempat untuk jejalan
lain.
I absolutely agree with the above. it's really help me to travel. it is because i'm new in travelling world. the information that you share very simple but full with information.Thanks for the valuable info.
ReplyDelete