ANIMATED TEXT

SELAMAT DATANG KE BACKPACKER THAQIF

Followers

TIME & DATE

Monday, 18 May 2015

TRAVEL TIPS MURAH


TRAVEL TIPS MURAH

TIPS BACKPACKER PERTAMA : TINGGAL DI HOSTEL DAN DORM

Maksudnya? : Mungkin ramai antara korang yang ingat bahawa hostel nie hanyalah untuk golongan muda dan macam budget hotel kat Malaysia nie kan? Sebenarnya tidak. Amat tidak! Ada banyak hostel dan dorm di sekitar Eropah dan pelusuk dunia yang menempatkan pelancong dari pelbagai jenis usia. Pada masa yang sama hostel nie takdalah seteruk yang disangka. Kekadang perkhidmatan dobi, dapur, wifi dan banyak lagi turut disediakan. So not bad kan?

TIPS BACKPACKER KEDUA : GUNAKAN KAKI DAN RINGANKAN BEG

Maksudnya? : Backpacker selalunya akan bawak beg yang besar dan choose untuk berjalan kaki di sekitar bandar. Aku percaya korang pun selalu nampak backpacker Eropah di sekitar Kuala Lumpur yang bawa beg dorang ke mana-mana sahaja kan? Selain daripada cara yang amat menjimatkan untuk travel, kita dapat discover lagi banyak dengan berjalan kaki. Oh ya, untuk memastikan pengalaman berjalan kaki korang takdalah teruk sangat; amatlah direkemen untuk korang ringankan beg korang. Pack bebenda yang berpatutan sahaja. Lagipun takdalah chance untuk korang kena extra charge fees kalau naik flight kan?

TIPS BACKPACKER KETIGA : SEDIAKAN PLAN (BER-BUFFER)

Maksudnya? : Mempunyai plan yang teratur sebelum travel ke mana-mana adalah salah satu perkara yang paling penting tapi sediakan plan yang mempunyai buffer adalah lagi penting untuk seorang backpacker. Selalunya backpacker adalah antara golongan yang suka untuk tukar plan mengikut kesesuaian dan mempunyai buffer dalam planning adalah amat membantu. Selalunya aku akan cuba plan yang terbaik tapi kalau ada pilihan yang lagi murah dan menyeronokkan, aku akan tukar terus.

TIPS BACKPACKER KEEMPAT : TAK SALAH JADI KEPOH DAN KECOH

Maksudnya? : Malu bertanya, sesat jalan. Setiap kali aku ke mana-mana bandar besar dan tak jumpa nak cari jalan, confirm aku akan segera bertanya dengan orang local di sana. Selalunya peta yang aku gunakan sudah cukup tapi bantuan daripada orang tempatan memang lagi penting. Oh ya, kalau korang berinteraksi dengan rakan backpackers di hostel dan dorm, mungkin korang akan dapat banyak idea, tips dan tempat untuk jejalan lain.

 

 

 

1 comment:

  1. I absolutely agree with the above. it's really help me to travel. it is because i'm new in travelling world. the information that you share very simple but full with information.Thanks for the valuable info.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...