ANIMATED TEXT

SELAMAT DATANG KE BACKPACKER THAQIF

Followers

TIME & DATE

Saturday, 23 May 2015

PROMOSI TERHEBAT

Bandung Tour Promo

3day 2night
only rm250

minimum 4 person
include hotel and transport

Monday, 18 May 2015

3H/2M JAKARTA / BANDUNG (BELI-BELAH)

3H/2M Jakarta / Bandung (Beli-Belah)


3H/2M JAKARTA / BANDUNG (BELI-BELAH)

JADUAL PERJALANAN

HARI 1  – JAKARTA (CGK) – BANDUNG 
Setibanya di lapangan terbang Soekarno Hatta, Jakarta, makan tengah hari di restoran tempatan Minang. Selepas makan tengah hari, dibawa ke Bandung. Beli belah di Bali Heaven, Rumah Mode dan Cihampelas Jeans & T-Shirt Centre. Daftar masuk Hotel. Makan malam di restoran tempatan (restoran Bale Kambang/Wibisana).

HARI 2  – BANDUNG LAWATAN BANDAR – JAKARTA 
selepas sarapan pagi, lawatan di Bandar Bandung melalui Gedung Sate, African Building & Lembang. Bertolak ke Jakarta melalui Puncak Bogor (tanaman teh). Makan tengah hari di restoran puncak. Setibanya di Jakarta, lawatan Taman Mini Indah, Monas & masjid terbesar di Asia, Masjid Istiqlal. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel. Aktiviti bebas.

HARI 3  – JAKARTA LAWATAN BANDAR – LAPANGAN TERBANG
Selepas sarapan pagi, beli-belah di ITC Mangga Dua dan Tanah Abang atau lain-lain kompleks beli-belah. Dibawa pulang ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air membawa 1001 kenangan.

HOTEL:
BANDUNG: Hotel Cemerlang / Hotel Karang Setra
JAKARTA: Hotel Trinity 3* / Orchard 3*

Pakej Percutian Ke Krabi

3H/2M PAKEJ KRABI/HATYAI


3H/2M PAKEJ KRABI/HATYAI
Pakej Percutian Ke Krabi/Hatyai,Thailand

(3 Hari 2 Malam)
All In Inclusive
harga dari
RM550.00

TARIKH LAWATAN
Lawatan dari 16 JUN 2016 sehingga 31 Oktober 2015.

TENTATIF PERJALANAN

HARI 01 – ALOR SETAR / KRABI
•Menaiki van/bas ke Krabi.
•Bertolak ke Krabi melalui Bukit Kayu Hitam.
•Apabila sampai di Krabi, anda akan dibawa check-in di hotel dan makan tengahari. Selepas itu anda bebas melakukan aktiviti sendiri dan berehat di sekitar Krabi.
•Makan malam akan disediakan.

HARI 02 – KRABI
•Selepas makan pagi, kita akan mengikuti “4 Island Tour” menaiki Long Tail Boat dari pukul 8:30 pagi hingga 4 petang. Island tour ini termasuk melawat ke Poda, Tub, Chicken Island, Pranang dan membuat aktiviti snorkeling. Minuman, lunch box dan buah-buahan disediakan untuk santapan.

•Setelah habis tour ini, kita bebas membuat aktiviti lain seperti bershopping, bersantai di tepi pantai atau berehat-rehat di bilik hotel. Terpulang pada anda.

•Makan malam disediakan. Anda akan dibawa untuk makan di mana-mana restoran di Bandar Krabi yang majoritinya adalah masyarakat Islam.

HARI 03 – KRABI / HATYAI / ALOR SETAR
•Setelah sarapan pagi, anda akan check out hotel dan dan bertolak ke Hatyai.
•Makan tengahari disediakan.
•Bertolak ke Floating Market untuk membeli-belah.
•Bertolak pulang.

HOTEL
AO NANG : Ao Nang Beach Resort atau setaraf 2-3*

 

TRAVEL TIPS MURAH


TRAVEL TIPS MURAH

TIPS BACKPACKER PERTAMA : TINGGAL DI HOSTEL DAN DORM

Maksudnya? : Mungkin ramai antara korang yang ingat bahawa hostel nie hanyalah untuk golongan muda dan macam budget hotel kat Malaysia nie kan? Sebenarnya tidak. Amat tidak! Ada banyak hostel dan dorm di sekitar Eropah dan pelusuk dunia yang menempatkan pelancong dari pelbagai jenis usia. Pada masa yang sama hostel nie takdalah seteruk yang disangka. Kekadang perkhidmatan dobi, dapur, wifi dan banyak lagi turut disediakan. So not bad kan?

TIPS BACKPACKER KEDUA : GUNAKAN KAKI DAN RINGANKAN BEG

Maksudnya? : Backpacker selalunya akan bawak beg yang besar dan choose untuk berjalan kaki di sekitar bandar. Aku percaya korang pun selalu nampak backpacker Eropah di sekitar Kuala Lumpur yang bawa beg dorang ke mana-mana sahaja kan? Selain daripada cara yang amat menjimatkan untuk travel, kita dapat discover lagi banyak dengan berjalan kaki. Oh ya, untuk memastikan pengalaman berjalan kaki korang takdalah teruk sangat; amatlah direkemen untuk korang ringankan beg korang. Pack bebenda yang berpatutan sahaja. Lagipun takdalah chance untuk korang kena extra charge fees kalau naik flight kan?

TIPS BACKPACKER KETIGA : SEDIAKAN PLAN (BER-BUFFER)

Maksudnya? : Mempunyai plan yang teratur sebelum travel ke mana-mana adalah salah satu perkara yang paling penting tapi sediakan plan yang mempunyai buffer adalah lagi penting untuk seorang backpacker. Selalunya backpacker adalah antara golongan yang suka untuk tukar plan mengikut kesesuaian dan mempunyai buffer dalam planning adalah amat membantu. Selalunya aku akan cuba plan yang terbaik tapi kalau ada pilihan yang lagi murah dan menyeronokkan, aku akan tukar terus.

TIPS BACKPACKER KEEMPAT : TAK SALAH JADI KEPOH DAN KECOH

Maksudnya? : Malu bertanya, sesat jalan. Setiap kali aku ke mana-mana bandar besar dan tak jumpa nak cari jalan, confirm aku akan segera bertanya dengan orang local di sana. Selalunya peta yang aku gunakan sudah cukup tapi bantuan daripada orang tempatan memang lagi penting. Oh ya, kalau korang berinteraksi dengan rakan backpackers di hostel dan dorm, mungkin korang akan dapat banyak idea, tips dan tempat untuk jejalan lain.

 

 

 

Assalamualaikum dunia


Assalamualaikum wbt.

 Mungkin ramai dalam kalangan kita menganggap mengembara atau melancong itu satu hobi yang mahal. Saya pun termasuk dalam golongan itu jugalah sebelum ini hinggalah saya menemui istilah ‘Backpacker‘ pada satu pagi yang hening. Cewaahhh. Hakikatnya, segalanya bergantung kepada kita untuk melancong secara murah/bajet atau mewah.

Backpackers ni adalah satu cara melancong dengan kos rendah dan lebih bebas. Biasanya,  ia kerap dikaitkan dengan penggunaan beg galas (backpack) atau bagasi lain yang mudah digunakan untuk perjalanan jarak jauh atau dalam jangka masa yang lama. Disebabkan penggunaan backpack inilah golongan backpackers mendapat nama.
Pengangkutan
Bagi memastikan kos mengembara murah, backpacker biasanya memilih untuk menggunakan pengangkutan awam sahaja seperti bas ataupun keretapi berbanding kapal terbang ataupun kereta sendiri. Mungkin ada juga yang menggunakan penerbangan terutamanya yang menawarkan tambang murah seperti AirAsia, Tiger Airways, Jetstar, Malindo Air, Firefly dan sebagainya.
Namun, biasanya tiket penerbangan perlu dibeli berbulan-bulan lebih awal untuk mendapatkan harga yang paling murah, malah kadang-kadang tu cuma bayar harga cukai sahaja. Berat bagasi juga perlu diminimakan untuk mengelakkan caj bagasi yang agak mahal. Andai tidak melepasi berat maksimum, biasanya sekitar 10 kg – 15 kg, bagasi atau backpack boleh dibawa masuk ke dalam kabin TANPA caj tambahan.
 
Penginapan
Bagi penginapan pula, ramai yang memilih hotel bajet sahaja. Ada juga yang memilih dorm dan berkongsi dengan backpacker-backpacker lain. Pilihan ini lebih menjimatkan dengan harga sekitar RM 20 – RM 30 semalam bergantung kepada tempat yang kita singgah tu. Namun, ia mungkin lebih sesuai untuk backpacker solo.
Ada juga yang memilih untuk tinggal di hotel kapsul, satu konsep baru yang mula diperkenalkan di Jepun. Ruangnya sangat sempit, cukup-cukup untuk berbaring sahaja dengan fasiliti yang sangat minima. Sesuai la untuk backpacker solo dan tak kisah tentang privasi. Di Malaysia setakat ni, ada satu hotel yang mempunyai konsep yang sama iaitu Hotel UFO Capsule yang terletak berhampiran Berjaya Times Square.
 
Perancangan
Ini adalah satu unsur yang sangat penting bagi backpacker. Ya lah, kalau upah ajen untuk bawa kita mengembara dengan mewah, tak perlu la fikir-fikir sangat. Segalanya dah tersedia. Tapi bagi backpacker, segalanya perlu disediakan sendiri. Inilah cabarannya dan dari cabaran sebeginilah datangnya keseronokan dan kepuasan peribadi!
Sebelum memulakan perjalanan, kaji dulu destinasi yang ingin dituju melalui buku-buku yang mempunyai maklumat mengenai topik-topik seperti bahasa, budaya, makanan dan sejarah sesebuah negara. Cari juga senarai penginapan dan tempat untuk makan yang murah, bersama-sama dengan peta lokasi-lokasi pelancongan utama.
Buku panduan format digital menjadi lebih popular, terutama sejak kemunculan telefon pintar dan netbook ringan dan komputer riba. Ia pilihan yang lebih mudah kerana boleh dimuat turun dalam peranti mudah alih dalam format pdf. Pastinya lebih mudah dibawa dan menjimatkan ruang backpack berbanding buku-buku.
Sebenarnya, melancong secara murah/bajet atau mewah ni bergantung kepada pilihan kita. Dalam apa jua keadaan sekalipun, termasuk sama ada melancong secara solo atau berkumpulan, ada keluarga atau tak. Dalam apa jua keadaan sekalipun, kita masih boleh mencari pilihan yang menjimatkan! Menjadi seorang backpacker, mesti panjang akal sikit. Paling penting, perancangan tu mesti teliti dan rapi! Saya akan cuba berkongsi tips-tips mengembara secara jimat di lain artikel ya atau boleh sahaja baca perkongsian menarik Rayyan Haris di sini. Ada stail mengembara lain yang unik untuk dikongsi?
 

 

Sunday, 17 May 2015

Jom ke korea backpacker

> Tiket penerbangan AIR ASIA.
> Penginapan yang selesa.
> Kemudahan wifi, dapur, mesin basuh.
> Makanan halal disediakan. (B/L)
> Pengangkutan & Subway.
> Tiket Lawatan.
> Pass & Bas ke Nami Island.
> Lawatan ke lokasi tempat menarik.
> Ketua kumpulan program backpacker

INFO TEMPAT MENARIK YANG DILAWATI
1. Visit Nami Island (Winter Sonata)
2. Insadong Traditional Street
3. Visit Seoul Central Masjid, Itaewon
4. Visit Cheonggyecheon Stream (Night scenery of Seoul City Hall)
5. King Sejong Museum, Gwanghwamun Square (Name writing in Korean alphabet)
6. Visit Gyeongbokgung Palace (Korea Traditional Costume free try)
7. Souvenir shopping at Namdaemun Market
8. Cotton and silk shopping at Dongdaemun Market
9. Visit Trick Eye Museum
10. Seoul city

HUBUNGI KAMI
WhatsApp/Viber/LINE/KakoaTalk/sms/call: 017-5588699

Call/sms: 0175588699
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...